SKUAD para negara terus menggegar Velodrom Nasional, Nilai, Negeri Sembilan apabila berjaya merangkul tiga pingat emas, satu perak dan dua gangsa pada Kejohanan Lumba Basikal Trek Asia (ACC) 2023 pada Sabtu.
Dua pelumba lelaki negara - Zuhairi Ahmad Tarmizi dan Muhammad Adi Raimie Amizazahan masing-masing memenangi pingat emas acara omnium C5 dan kejar-mengejar individu C3.
Pelumba wanita, Nur Azlia Syafinaz Mohd Zais yang dibantu Nurul Suhada Zainal (pilot) pula membawa pulang emas dalam acara kejar-mengejar individu B.
Satu pingat perak dimenangi Mohd Khairul Hazwan Wahab yang dibantu Muhammad Khairul Adha Rasol (pilot) dalam acara kejar-mengejar individu lelaki B.
Nur Suraiya Muhamad Zamri yang dibantu Farina Shawati (pilot) dan Mohamad Yusof Hafizi Shaharuddin pula masing-masing meraih gangsa acara kejar-mengejar individu wanita B dan kejar-mengejar individu lelaki C1.
Bagi Zuhairi, dia berpuas hati dengan pencapaiannya pada ACC kali ini apabila berjaya melengkapkan kesemua pingat dalam koleksi peribadinya termasuk memenangi perak dan gangsa.
"Dalam saingan omnium yang saya sertai ini, ada empat acara secara keseluruhannya. Saya memenangi pingat perak acara pecut berpasukan C1-C5 dan 1 kilometer (km) ujian masa C3 selain gangsa dalam acara scrath.
"Tetapi saya gagal meraih sebarang pingat dalam acara 4km C3. Bagaimanapun, tiga pingat yang saya raih itu sudah cukup membolehkan saya muncul juara keseluruhan omnium," katanya.
Sementara itu, Muhammad Adi Raimie berkata, dia bersemangat untuk menyambar pingat emas acara kejar-mengejar individu C3 selepas menjuarai acara 1km ujian masa C3 pada Khamis.
"Saya gembira kerana sekali lagi memenangi pingat emas. Walaupun gagal memperbaharui catatan peribadi terbaik hari ini (Sabtu), saya tetap bangga kerana masih mampu memenangi pingat emas," ujarnya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Jun 17 2023
Zuhairi (kiri) dan Muhammad Adi Raimie masing-masing memenangi pingat emas acara omnium C5 dan kejar-mengejar individu C3. - Foto BERNAMA/Sinar Harian
Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Laporan awal menyatakan Raisi dalam perjalanan pulang dari lawatan ke sempadan Azerbaijan di barat laut Iran.
ECERDC komited tingkat kehidupan rakyat pantai timur selari SDG
Penganjuran Sidang Kemuncak SDG Malaysia 2024: Wilayah Timur jadi bukti keseriusan ECERDC dalam merealisasikan perkara tersebut.
Man City rangkul kejuaraan kali keempat berturut-turut, atasi pencapaian Man United
Kejayaan terbaru City hadir apabila mereka mengatasi West Ham 3-1 pada hari terakhir.
Sharul Aimy cipta sejarah, rangkul pingat sulung negara pada kejohanan Asia
Atlet berusia 22 tahun itu menyambar gangsa acara melombol dengan mencatatkan 14.466 mata di belakang Carlos Yulo dan Abdulaziz Mirvaliev.
KKDW peruntuk RM1.5 bil dalam RMK12 untuk pembangunan luar bandar Sarawak
Ia bagi memudahkan pelaksanaan pelbagai upaya bagi mencipta masyarakat luar bandar yang kompetitif dan meningkatkan kualiti hidup mereka.
Koperasi dinasihat jangan amal konsep Ali Baba - Saarani
Katanya, tindakan berkenaan bukan hanya merugikan, bahkan ia tidak memberi nilai tambah bagi kemajuan dan pembangunan koperasi tersebut.
Melaka bakal bina litar kereta kawalan jauh bertaraf antarabangsa
Melaka akan membina sebuah litar kereta kawalan jauh bertaraf antarabangsa di atas tapak berkeluasan sehektar berhampiran Pantai Tanjung Bidara di sini, bermula November depan.
RUU Keselamatan Dalam Talian dijangka dibentang hujung tahun ini
Rang Undang-Undang (RUU) Keselamatan Dalam Talian dijangka dibentangkan pada sidang Parlimen selewat-lewatnya hujung tahun ini, kata Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching.
Melaka mohon KPKT bina tapak pelupusan sisa pepejal sektor ICI
Sebanyak 30-40 peratus daripada keseluruhan sisa pepejal yang dibuang ke Tapak Pelupusan Sisa Pepejal Sanitari Sungai Udang adalah sisa ICI.
Zii Jia antara rakan pencetus semangat untuk terus berjuang - Jin Wei
Pengikut media sosial pemain badminton perseorangan wanita profesional Goh Jin Wei mungkin menyedari keakrabannya dengan rakan senegara Lee Zii Jia, Soh Wooi Yik dan Lai Pei Jing.
Kar Gee tambah koleksi emas negara di Dubai
Wong Kar Gee mengungguli acara itu dengan melakukan lompatan sejauh 6.80 meter.
Majlis Atlet mampu lonjak tahap kemajuan atlet para
Penubuhan Majlis Atlet dilihat mampu menjadi wadah membincangkan masalah dihadapi komuniti sukan para baik di dalam mahupun luar gelanggang.
Peratusan OKU berdaftar rendah sukarkan usaha cungkil baharu atlet para - Hannah
Peratusan penduduk Malaysia berdaftar sebagai OKU yang rendah menyukarkan usaha mencungkil lebih ramai bakat baharu atlet para.
Peruntukan bukan masalah utama tetapi pencarian bakat atlet para - Hannah
Hannah berkata, bagi sukan para, pencarian bakat adalah masalah yang lebih membimbangkan berbanding soal peruntukan.
Kereta dicuri, emas pengganti duka Abdul Latif
Atlet kelahiran Perlis itu kehilangan kereta beberapa minggu sebelum berlepas ke bumi Hangzhou.
MPM minta tambahan dana RM50 juta setahun bagi pembangunan sukan para
Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) berharap kerajaan akan menambah peruntukan dana kepada sekurang-kurangnya RM50 juta setahun bagi membolehkan program pembangunan atlet para.
Skuad para negara bawa pulang tiga emas
Nur Azlia Syafinaz yang dibantu Nurul Suhada pula membawa pulang emas dalam acara kejar-mengejar individu B.
Habuan cecah RM1 juta menanti atlet para negara
Subramaniam percaya barisan atlet para akan menerima habuan masing-masing selepas berjuang mengharumkan nama Malaysia.
Resepi para renang, olahraga boleh jadi inspirasi buat atlet normal - Hannah
Ia juga bertujuan melihat 'rahsia' kejayaan 50 emas, 38 perak dan 34 gangsa yang diraih kontinjen para negara untuk dikongsikan bersama MOM.
APG 2023: Kontinjen negara cemerlang, melebihi pencapaian di Solo
Atlet negara sehingga kini merangkul 42 pingat emas, 35 perak dan 25 gangsa selepas berakhir hari kelima temasya dwitahunan hari ini.